Untuk
lebih memahami kedudukan amalan head-hunting yang dianggap negatif di
dalam amalan MLM, seseorang perlu memahami terlebih dahulu hakikat MLM
yang sebenar.
Multi-level Marketing, sebagaimana yang sepatutnya difahami daripada namanya, adalah amalan pemasaran (marketing) sesuatu produk atau rangkaian produk-produk atau perkhidmatan atau kedua-duanya yang memberi ganjaran komisen kepada pengedar yang berjaya memasarkan produk/perkhidmatan syarikat MLM berkenaan bukan sahaja di atas jumlah yang berjaya dipasarkan secara peribadi, malah juga, melalui dan dibatasi oleh formula pengiraan yang ditawarkan di dalam pelan ganjaran, di atas jualan yang berjaya dihasilkan oleh rangkaian pengedar-pengedar di dalam kumpulannya.

Ringkasnya, perbezaan antara Multi-level
Marketing dan marketing biasa adalah sifat "Multi-level" yang
membenarkan seseorang meraih keuntungan daripada produk/perkhidmatan
yang berjaya dipasarkan oleh pengedar-pengedar di dalam rangkaiannya
juga, sedangkan di dalam konsep pemasaran biasa atau dikenali juga
sebagai SLM (Single-level marketing) keuntungan yang diraih oleh
seseorang "marketer" cuma lah komisen di atas jualan peribadinya sahaja.
Malangnya, ciri "Multi-level" yang memberikan kelebihan melalui "leveraging" terutamanya dari segi masa dan tenaga ini juga membuka suatu ruang untuk dimanipulasi menjadi suatu bentuk "money game", biasanya dikenali sebagai "pyramidal money game" di mana peserta-peserta mencari wang dan keuntungan melalui proses "recruitting" atau "headhunting".
Proses ini sangat fundamental di dalam "pyramidal money game" (di Malaysia biasanya amalan ini dirujuk sebagai Skim Cepat Kaya, walaupun realiti bagi kebanyakan peserta adalah cepat miskin, yang kaya cuma penganjur skim dan segelintir "peserta awal").

Kenapa?
Kerana itulah cara para peserta
mendapatkan wang dan keuntungan iaitu dengan mengambil sebahagian dari
wang penyertaan yang dibayar oleh peserta baru. Tiada perniagaan, tiada
produk, tiada perkhidmatan, cuma permainan wang yang pasti runtuh
apabila bilangan kemasukan ahli baru tidak lagi mampu menampung bayaran
yang dijanjikan kepada peserta-peserta sedia ada. Ini adalah money game
yang dijalankan secara "naked", tanpa berselindung (dalam sejarah
Malaysia, Skim Pak Man Telo adalah salah satu contoh "naked money game"
yang pernah popular sekitar tahun 80an dahulu).Untuk mengelakkan penipuan skim sebegini dari dapat dikesan dengan mudah, pelbagai label digunakan oleh penganjur skim untuk menutup operasi ini daripada diketahui oleh bakal-bakal mangsa dan juga oleh penguatkuasa undang-undang.
Antara label atau topeng yang paling popular adalah MLM
(walaupun ada di sana topeng-topeng lain seperti internet investment,
pelaburan forex, pelaburan emas, ternakan lembu, kambing, ikan keli,
skim menderma, skim tolong menolong, wang pos, oil and gas, high yield
investment dan lain-lain).
Kenapa label MLM popular digunakan untuk
menjalankan money game?
Kerana seperti money game, MLM juga ada melibatkan proses 'recruitting', menaja atau membawa masuk ahli-ahli baru.
Apa yang malang, ramai ahli masyarakat termasuk yang bergiat aktif di dalam MLM nampaknya tidak atau kurang faham tentang perbezaan "recruitting" di dalam MLM dengan "head-hunting" di dalam money game.

Berbeza
dengan "head-hunting" di dalam "money game" yang menjadi sebab dan cara
untuk seseorang peserta mendapat keuntungan, "recruitting" di dalam MLM
pada asasnya tidak membawa sebarang keuntungan sebenar kerana
keuntungan cuma boleh berlaku apabila berlaku penjualan produk.
Yang ada
pada masa "recruitting" berlaku adalah "potensi" mendapatkan
keuntungan, belum lagi keuntungan sebenar. "Recruitting" di dalam MLM
boleh dianggap membawa keuntungan sebenar apabila ia mewakili aktiviti
menggerakkan produk kepada pengguna-pengguna baru atau mewakili aktiviti
mendapatkan pengedar-pengedar baru bagi menggerakkan produk kepada
pengguna-pengguna akhir melalui aktiviti-aktiviti perniagaan.
Oleh
kerana itu, syarikat-syarikat MLM tradisional tidak membayar sebarang
komisen untuk "signing up" ahli baru. Komisen cuma mula dibayar apabila
ahli baru tersebut membeli produk. Syarikat-syarikat MLM yang baru
biasanya cuba memintas langkah ini dengan mem"pakej"kan terus produk
untuk dibeli oleh ahli yang baru direkrut.
Amalan menawarkan pakej
produk ini walaupun pada asalnya merupakan suatu strategi perniagaan
yang boleh diterima, namun sekiranya telah bermutasi sebagai suatu
gabungan amalan "head-hunting" dan "front-loading" atau "inventory
loading" bakal merubah sesuatu perniagaan MLM menjadi "money game".
Ini yang perlu dielakkan melalui penawaran pelan ganjaran yang dapat menggalakkan sikap yang betul di kalangan pengedar, bukan pelan ganjaran yang terlebih menekankan kepada "recruitting" semata-mata.
Pelan ganjaran sahaja tidak memadai. Produk yang mempunyai permintaan sebenar yang tinggi di kalangan pengguna juga membantu mengelakkan sesuatu perniagaan MLM disalahguna menjadi "pyramidal money game".

Selain dari
faktor pelan ganjaran yang di"design" untuk "reward the correct
behaviour", antara yang paling penting adalah sikap para pengedar
sendiri, terutamanya yang telah mencapai tahap "leaders" di dalam
mempromosikan perniagaan. Sekiranya para pengedar, terutamanya "leaders"
mampu menseimbangkan antara aktiviti "recruitting" dan pergerakan
produk kepada pengguna akhir sebenar (genuine endusers), perniagaan MLM
mampu kekal sebagai 'a viable and legitimate business practice'.
Sekiranya
aktiviti "recruitting" is "over promoted" sampai menganak tirikan
"excitement" tentang keistimewaan dan kegunaan produk serta meminggirkan
pergerakan produk kepada pengguna akhir sebenar, maka aktiviti
"recrutting" yang berlaku sebenarnya adalah "head-hunting" di dalam
sebuah permainan wang yang mengelirukan peserta dengan bertopengkan
penjualan pakej produk permulaan (entry product package).
Kenapa
aktiviti ini dikatakan mengelirukan (nampaknya lebih tepat dikatakan
menipu) peserta?
Kerana sebagaimana yang ditekankan oleh ramai para
pengkritik MLM, skim sebegini sebenarnya berdepan dengan "mathematical
impossibilities" kerana ia menjual mimpi kepada para peserta untuk
menjadi kaya raya melalui aktiviti menrekrut peserta baru, bukan melalui
perniagaan atau penjualan produk.
Mimpi ini adalah palsu untuk majoriti
peserta dan cuma benar kepada segelintir peserta yang berjaya
memastikan kemasukan ramai ahli baru ke dalam rangkaiannya bagi
menampung pendapatan lumayan yang dijanjikan di dalam skim tersebut.
Itupun, ia merupakan kekayaan yang sementara kerana skim sebegini bakal
runtuh sebaik sahaja bilangan kemasukan peserta baru tidak cukup atau
tidak cukup praktikal bagi menampung bayaran yang dijanjikan kepada para
peserta sedia ada. Ketidakcukupan ini pasti berlaku kerana kekayaan
didasarkan kepada kemasukan ahli baru semata-mata.
Cukuplah kalau kita
ambil perkembangan 4 x 4, iaitu setiap peserta cuma perlu mencari empat
peserta baru dan memastikan duplikasi berlaku iaitu setiap dari empat
peserta baru tadi juga melakukan aktiviti yang sama, iaitu mencari empat
peserta baru. Lakukan penggandaan itu sebanyak 12 kali, bermakna untuk
sistem ini "viable" secara relatif berpanjangan, seseorang peserta
perlu mempunyai 67,108,864 peserta di dalam rangkaiannya!
Mungkin
angka-angka ini agak kurang jelas, biar kita spell out the numbers:
apabila duplikasi seorang peserta berlaku secara perfect sebanyak
duabelas kali duplikasi menurut strategi seorang peserta cari empat
peserta, maka peserta tersebut memerlukan ENAM PULOH TUJUH JUTA, SERATUS
LAPAN RIBU DAN LAPAN RATUS ENAM PULOH EMPAT orang peserta di dalam
rangkaiannya. Secara lebih ringkas dan tidak begitu terpeinci, jumlah
peserta di dalam rangkaian SEORANG peserta tadi setelah perfect
duplication berlaku adalah sekitar 67.1 juta orang.
Sekiranya skim ini
dijalankan di Malaysia, bermakna peserta tadi memerlukan lebih dari dua
kali ganda jumlah KESELURUHAN penduduk Malaysia! Ya, mungkin didebatkan
oleh sesetengah orang bahawa a perfect duplication sebegini tidak akan
berlaku dan oleh itu tidak akan berlaku jumlah bilangan peserta yang
begitu ramai, impossibly too many.
Namun hakikatnya kekal bahawa skim
yang mempromosikan kekayaan dan keuntungan melalui kemasukan ahli baru
semata-mata tanpa menekankan pemasaran dan penjualan produk berkualiti sebenarnya adalah suatu penipuan kerana majoriti peserta
akan mendapati bahawa kekayaan yang dijanjikan adalah milik penganjur
skim dan segelintir peserta sahaja sedangkan majoriti cuma menjadi
penyumbang dana atau alat ke arah itu.
It is a clearly flawed concept
dan memang berdepan dengan mathematical impossibility yang diterangkan
di atas.
No comments:
Post a Comment